BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 27, 2010

CINTA ZULAIKHA KEPADA YUSUFF A.S

PETIKAN NIE AKU AMEK N COPY..N LETAKN DI BLOG AKU SUPYA SAMA2 KITA MNDLAMI APKAH MKSUD TERISRAT DN TERSURAT YG DISMPAIKAN..



menggimbau kembali seerah seorang nabi yang namanya turut dikalamkan di dalam Al-Quran..

kisah ini adalah antara kisah yang menjadi inspirasi dan bahan cerita "cinta"..

"Dan wanita-wanita di kota berkata,"isteri al-Aziz menggoda anak bujangnya supaya menundukkan dirinya kepadanya, 'Sesungguhnya cintanya kepada anak bujangnya itu sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata'." (surah Yusuf:ayat 30)

mulanya Yusuf hanya seorang kanak-kanak yang dijadikan anak angkat kepada Zulaikha,akan tetapi setelah Yusuf meningkat dewasa, Zulaikah telah terpikat dengan ketampanan Yusuf..

Ketampanan Yusuf ini sehingakan wanita-wanita yang di panggil untuk bersuka .a pabila terlihatkan akan Yusuf mereka terpotong tangan sendiri tanpa sedar..masyaALLAH..

iman yang menebal di dalam diri sehinggakan membuat Yusuf berdoa kepada tuhannya, " Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh."

Kebenaran pasti akan tersingkap, itulah janji Tuhan..

kemudian Zulaikah dikatakan hidup dalam kesedihan dan putus asa kerana ingatannya kepada Yusuf . Sebahagian yang lain berpendapat Zulaikha akhirnya berpindah ke suatu tempat yang jauh, dan tiada khabar berita mengenainya sama sekali. Namun ada yang mengisahkan selepas peristiwa itu Zulaikha bertaubat kepada Allah s.w.t. Ketika Yusuf di utuskan menjadi Rasul dan menjadi penguasa menggantikan Al-Aziz baginda bertemu dengan Zulaikha yang ketika itu sudah tua. Akhirnya Allah menjadikan Zulaikha mud remaja dan di kahwinkan dengan Nabi Yusuf. Zulaikha akhirnya menjadi wanita solehah yang sentiasa beramal kepada Allah.

wallahualam..

p/s: bila membicarakan tentang cinta yang merupakan suatu perkara yang amat dekat dengan jiwa remaja. Akan tetapi ramai yanggagal untuk emnggurus cinta mereka. yang kadangkala kononnya mengatakan cinta mereka "disandarkan hannya kepada Allah". Mereka lupa "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA". cara yang selalunya tidak syaro'. Waimah hafiz, ustaz pun tidak terlepas dari bahana Cinta ini.

bersama kita renungkan..

Monday, May 24, 2010

salam..

kepada blog ku sory udah lma x guna, sbuk dgn mcm2 bnda skang nie..baru ja dpat on nie..

aku tertarik untk copy n paste kan mklumat nie.. mklum la ramai sngat bertnya bila nak kawen haha geram pon ada mlas nak jwab pon..ada pling tidak pon aku ckap insyallah kalau ada jodoh x kemna....so kwan2 msri kita renung2kan bersama (^_^)

Tertanya-tanya siapakah pasangan atau jodoh anda? Sudah sekian lama anda berkawan dengan seseorang, malah hubungan anda dengannya dirasakan sangat rapat. Namun, anda tidak pasti adakah dia benar-benar JODOH anda? Atau dia sekadar ‘teman tapi mesra’?

Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya.

1. Dia seorang yang menarik perhatian anda. Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.

2. Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda.

3. Dia suka apa saja yang anda miliki. Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya.

4. Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya.

5. Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya.

6. Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci. Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya.

7. Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan.

8. Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda.

9. Dia begitu caring atau ambil tahu tentang anda.

Begitulah beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dengan dia?

Kalau ya, Alhamdulillah, bincanglah dengan keluarga untuk buat apa yang patut. Kalau anda lelaki, berkira-kira lah untuk hantar rombongan merisik. Dan kalau perempuan, nyatakanlah pada pasangan anda bahawa, keluarga anda sudah ‘buka pintu’ dan bersedia menerima rombongan pada bila-bila masa saja. InsyaAllah, itulah jodoh anda.

Menemui cinta sejati adalah paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Ramai orang tertanya-tertanya dan tidak pasti, “Siapakah jodoh dirinya?”. “Bila lagi dirinya akan bertemu jodoh?”.

Sebenarnya tidak kira siapa diri anda, berapa umur anda, dari mana dan bagaimana rupa anda, hakikatnya JODOH anda sudah ditakdirkan. Anda pasti akan menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun si dia berada, akan datang satu masa nanti, anda pasti akan bertemu dengan si dia, jodoh anda itu.

Bersabar dan teruskan berusaha mencari. InsyaAllah anda pasti bertemu jodoh yang terbaik buat anda.